Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ulama Iran memberi amaran bahawa terdapat unsur-unsur Israel yang cuba menambah ketegangan serantau dengan meningkatkan serangan di Syria.
Marji' Taqlid Ayatullah Hussein Noori Hamdani mengkritik regim Zionis sebagai dalang utama dalam serangan di Damsyiq sambil menyifatkan Israel berhasrat melanjutkan riwayat hidupnya di rantau tersebut.
"Regim Zionis telah membiayai serangan mereka kerana negara tersebut (Syria) bekerjasama dengan Iran menentang Zionis," kata ulama tersebut.
Dalam serangan bom terbaru di Damsyiq, lebih dari 26 orang terbunuh dan berpuluh-puluh yang lain cedera apabila seorang pengebom bunuh diri meletupkan bom di tengah-tengah orang awam, di sebuah persimpangan jalan.
PBB, Iran, Lubnan dan Russia mengutuk serangan bom itu kerana sasarannya telah membunuh lebih 25 orang awam berbanding seorang anggota polis yang hanya menderita cedera ringan.
7 Januari 2012 - 20:30
News ID: 289341
Ulama terkemuka Iran memberi amaran bahawa peningkatan ke atas Syria hanyalah percubaan Zionis untuk menambah ketegangan serantau.